Popular Posts

Tuesday, February 15, 2011

Bagaimana cara hidup kita?

Bagaimana cara hidup kita?


Assalamualaikum WBT,

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, idola seluruh umat Islam diseluruh dunia, marilah kita sama-sama semak kembali berapa banyak cara hidup kita yang telah jauh dari cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kita semua sedia maklum, bahawa hanya dengan mengamalkan cara hidup seperti yang Baginda SAW telah tunjukkan, kejayaan pasti datang. Walaupun nampak kuno dan tak sesuai pada pandangan sesetengah pihak, namun percayalah apa juga cara hidup yang tidak bertepatan dengan sunnah Baginda SAW adalah ciptaan Yahudi yang sememangnya tidak mahu kita mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Antara sifat Nabi Muhammad SAW ialah Baginda selalu memulakan salam dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.
Kita?

Kebiasaan Nabi Muhammad SAW pula seperti orang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah rehat dalam waktu yang panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya dari banyak cakapnya, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Kita?

Bukan itu sahaja, cara kehidupan harian daripada kita bangun dari tidur hingga saat kita nak tidur kembali pun telah Nabi SAW tunjukkan. Jika tidak tahu, carilah alim ulama dan belajarlah dengan mereka. Indah sungguh kehidupan ini jika dapatkan mengamalkan seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita.
Bolehkan kita?

Ada juga suara-suara sinis yang berkata
"Itu Nabi... Kita ni siapa..."
Hallo kawan, Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan sehinggalah hari kiamat. Semua sahabat-sahabatnya telah ikut cara yang sama. Jadi, jika kita juga ingin menuju ketempat yang mereka tuju iaitu Syurga, kita kena ikutlah. Jangan lah kita pandai-pandai nak ubah sunnah Nabi SAW mengikut cara dan selera kita. Kalau tak kena gaya .... Na'uzubillahhiminzalik

No comments:

Post a Comment